Tertuduh dibawa keluar dari perkarangan Mahkamah Majistret Temerloh, di sini hari ini selepas dituduh mencabul tiga orang wanita di bazar Ramadan

TEMERLOH – Seorang duda mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan mencabul tiga wanita di bazar Ramadan dihadapkan di Mahkamah Majistret Temerloh di sini hari ini.

Tertuduh, Nazarin Romeli, 51, mengangguk faham atas kesemua pertuduhan yang dibacakan dan membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Majistret Tan Chiew King.

Sesi pendakwaan dijalankan oleh Adriana Azrin dan tertuduh pula diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Syazwani Roslan.

Dalam kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan menyentuh payudara menggunakan siku dan lengan serta pertuduhan kedua, menyentuh punggung menggunakan paha terhadap seorang mangsa berusia 26 tahun pada 6 Mac 2025, pukul 6.40 petang di tapak Bazar Ramadan Lurah Semantan di sini.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh juga didakwa melakukan perbuatan menyentuh payudara mangsa wanita berusia 22 tahun menggunakan siku dan lengan pada 10 Mac 2025 pada pukul 6.20 petang di lokasi yang sama.

Pertuduhan keempat pula membabitkan duda berkenaan dituduh melakukan perbuatan yang sama pada 6 Mac pukul 6.40 petang terhadap mangsa yang berusia 28 tahun.

Bagi keempat-empat pertuduhan tersebut beliau didakwa telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Jika didapati bersalah tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Pihak pendakwaan meawarkan RM7,000 bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan agar tertuduh tidak menggangu mangsa atau saksi pendakwaan.

Mahkamah kemudian memutuskan RM14,000 dan seorang penjamin terhadap semua pertuduhan tanpa syarat tambahan lain.

Kes disebut semua pada 17 April depan bersama dokumen pengurusan dan lantikan peguam.

Terdahulu pada 13 Mac lalu, polis memberkas seorang lelaki yang dipercayai mencabul tiga orang wanita di bazar Ramadan Lurah Semantan dekat Temerloh dan telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketiga-tiga mangsa yang membuat laporan polis setelah video yang memaparkan perlakuan suspek mencabul pengunjung wanita menjadi tular di media sosial di aplikasi Tik Tok.

Difahamkan suspek bertindak mencabul mangsa adalah kerana sudah lama tidak bersama wanita disebabkan dia menghidap HIV sejak 13 tahun lalu – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN :

Lelaki cabul 3 wanita di bazar Ramadan sebab hidap HIV

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here