KUALA LUMPUR – Pemain bek kiri CD Tenerife B, Gabriel Palmero muncul pemain warisan baharu Malaysia selepas dia turun menyertai latihan bersama skuad Harimau Malaya malam tadi.
Turut kelihatan pemain warisan baharu yang diumumkan sebelum ini iaitu tonggak tengah Portimonense SC, Hector Hevel dan
Perkembangan itu dimaklumkan menerusi satu video yang dikongsikan laman sosial rasmi pasukan kebangsaan, Malaysia NT hari ini.
“Pemain Malaysia dari luar negara sudah pun tiba, selamat datang kepada Hector Hevel dan Gabriel Palmero,” tulis ciapan Instagram skuad kebangsaan itu.
Palmero berasal dari Akademi Las Palmas dan kini dipinjamkan ke Tenerife B di mana kedua-dua kelab ini mempunyai sejarah yang hebat di Sepanyol.
Ramai pemain hebat telah lahir dari kelab-kelab iniĀ seperti Juan Carlos Valeron, David Silva, Pedro Rodriguez dan kini Pedri.
Sebelum ini, menurut pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski bakal ada tiga pemain warisan baharu yang akan memperkuatkan skuad kebangsaan dan seorang lagi calon dikaitkan ialah Jon Irazabal.
Sebelum ini, Portimonense mendedahkan Hevel mendapat panggilan untuk menyertai kem skuad kebangsaan Malaysia bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Asia 2027.
Kehadiran dua pemain itu boleh dianggap sebagai perkembangan positif menjelang aksi pertama Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa ini. – MalaysiaGazette