Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada wartawan selepas Perdana Menteri membuat Lawatan Kerja Rasmi Ke Kementerian di Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 20 MAC 2025.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengumumkan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Hari Raya Aidilfitri dalam masa terdekat.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pelaksanaan itu memang akan dilakukan kerana sudah dijalankan sebelum ini.

“Memang akan ada kerana kita sudah buat untuk Tahun Baharu Cina. Jadi, tak akan kami tidak buat untuk Sambutan Aidilfitri.

“Tidak lama lagi, kementerian akan umum kerana perkara ini masih lagi diperhalusi dan kita semua akan balik kampung dengan diskaun tol,” katanya ketika ditemui media selepas bermesyuarat di Kompleks Kerja Raya di sini hari ini.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Alexander, mesyuaratnya bersama Anwar hari ini membincangkan tentang cara untuk meningkatkan prestasi kementerian sebagai satu badan pelaksana.

“Kami mengambil maklum terhadap semua saranan beliau yang menekankan terhadap dua perkara. Pertamanya adalah rasa keperluan yang mendesak dan juga kos menjalankan perniagaan supaya projek-projek yang kita laksanakan berbaloi dengan perbelanjaan,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here