Warga Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) bersama rakan media bergambar kenangan dalam Iftar Bersama Media di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) terus mengorak langkah sebagai institusi pendidikan tinggi berdaya saing apabila berjaya meraih pengiktirafan  Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) Award.

Ia sekali gus membuktikan kecemerlangan akademik dan dedikasi institusi itu dalam melahirkan graduan berkualiti dalam bidang perakaunan serta kewangan.

Naib Canselor UPTM, Prof. Madya. Dr. Sharifah Syahirah Sy Shiekh

Naib Canselor UPTM, Prof. Madya. Dr. Sharifah Syahirah Sy Shiekh berkata, pencapaian itu bukan sekadar satu anugerah, tetapi bukti bahawa UPTM berada pada standard antarabangsa dalam bidang perakaunan.

“Kejayaan ini adalah bukti bahawa UPTM terus maju sebagai institusi pendidikan tinggi yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.

“Ia juga hasil usaha gigih para pensyarah yang memastikan standard dan kualiti pengajaran mencapai tahap terbaik,” katanya ketika ditemui media semasa program Iftar Bersama Media di Putrajaya, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Radzuan Razali (kiri) bersama Naib Canselor Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM)(tengah) menyampaikan anugerah kepada MalaysiaGazette atas tanda penghargaan.

Dalam pada itu, beliau juga mengalu-alukan lebih ramai pelajar untuk menyertai program ACCA, sejajar dengan usaha melahirkan lebih ramai Chartered Accountant dan menyahut seruan kerajaan ke arah itu.

Sementara itu, Dekan Institut Pengajian Profesional UPTM, Prof. Madya Dr. Nurisyal Muhamad, berkata kejayaan memperoleh status Platinum dalam program ACCA adalah hasil usaha berterusan sejak 2014.

Dekan Institut Pengajian Profesional UPTM, Prof. Madya Dr. Nurisyal Muhamad

Menurut beliau, pelbagai strategi telah dilaksanakan bagi mencapai status tersebut, antaranya kelas tambahan dan latihan pensyarah bersama pakar dari universiti dalam dan luar negara bagi memastikan pelajar lebih bersedia dalam peperiksaan ACCA.

“Kita sentiasa berusaha memastikan pelajar lulus dalam setiap peperiksaan ACCA yang diduduki. Peratusan kelulusan yang tinggi ini membantu UPTM mencapai tahap world pass rate yang diperlukan untuk memperoleh status Platinum,” katanya.

Tambahnya, beliau turut berharap agar UPTM dapat mengekalkan status Platinum ini serta terus melahirkan lebih ramai akauntan profesional pada masa hadapan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here