Seorang doktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan merogol dan melakukan seks di luar tabii ke atas pembantu kliniknya.
Dr Mohd Rafi’uddin Hamidon, 35 tahun membuat pengakuan tidak bersalah terhadap dua-dua pertuduhan selepas dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zaki Mohd Salleh.