Dua pelajar sekolah maut selepas motosikal dinaiki terlanggar lubang sebelum terjatuh di Jalan Sengkang-Felda Inas-Bandar Tenggara, Kluang hari ini.

KLUANG – Dua pelajar sekolah menengah meninggal dunia selepas motosikal dinaiki terlanggar lubang sebelum terjatuh di Jalan Sengkang-Felda Inas-Bandar Tenggara, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian tersebut berlaku pukul 8.20 pagi semasa melibatkan motosikal jenis Yamaha Y110.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati motosikal dinaiki mereka datang dari arah Felda Inas menghala ke Bandar Tenggara.

“Semasa tiba di tempat kejadian, motosikal mereka melanggar lubang jalan lalu menyebabkan kedua-dua pelajar tersebut terbabas jatuh di laluan jalannya,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, penunggang, Norhazim Kamaruzaman dan pembonceng, Nur Alif Ikhwan Kamaruzaman masing-masing berusia 17 tahun yang beralamat di Felda Inas, Kulaijaya mengalami cedera parah di kepala dan badan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut beliau, penunggang berkenaan terbabit tidak memiliki lesen menunggang motosikal.

Tambah Bahrin, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here