Seorang ejen ditahan reman lima hari oleh SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan nombor giliran untuk mempercepatkan proses pemeriksaan kenderaan tanpa mengikuti peraturan yang sah.

KUALA LUMPUR – Seorang ejen di sebuah pusat pemeriksaan kenderaan direman lima hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai menerima rasuah bagi mendapatkan nombor giliran untuk mempercepatkan proses pemeriksaan kenderaan tanpa mengikuti peraturan yang sah.

Perintah reman sehingga 25 Mac 2025 terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 60-an dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Menurut sumber, suspek dipercayai telah menerima rasuah kira-kira RM40,000 daripada pemilik-pemilik kenderaan yang ingin mendapatkan nombor giliran bagi proses pemeriksaan kenderaan di sebuah pusat pemeriksaan kenderaan.

“Tangkapan terhadap suspek ini berdasarkan operasi yang dijalankan SPRM dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) membabitkan siasatan terhadap beberapa individu yang dipercayai terlibat sindiket ejen bagi mempercepatkan proses pemeriksaan kenderaan tanpa mengikuti peraturan yang sah.

“Maklumat daripada Bahagian Penguatkuasa JPJ mendapati terdapat beberapa individu telah menyalahgunakan sistem tempahan pemeriksaan Puspakom dengan membuat tempahan secara pukal menggunakan nombor kenderaan secara rawak,” katanya.

Sumber berkata, individu terbabit seterusnya akan menawarkan tarikh-tarikh tempahan yang telah dibuat kepada pelanggan dengan bayaran ratusan ringgit bagi setiap slot pemeriksaan sebelum membuat penjadualan semula tarikh untuk membolehkan permohonan baru dibuat ke dalam sistem.

“Modus operandi ini menyebabkan pelanggan biasa tidak dapat membuat tempahan slot pemeriksaan dalam masa terdekat berikutan slot telah ditempah sepenuhnya oleh ejen,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya, Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan berkenaan dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, beberapa lagi ejen yang menjalankan kegiatan yang sama sedang dikesan dan tidak menolak kemungkinan beberapa siri tangkapan susulan akan dibuat untuk tujuan tersebut.

‘Runner’ kaut untung jual slot tempahan temu janji Puspakom hingga RM750

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here