Gambar hiasan

KUALA LUMPUR-Empat penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke London terjejas akibat gangguan bekalan elektrik di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, United Kingdom.

Malaysia Aviation Group (MAG) berkata, penerbangan MH2 yang berlepas dari Kuala Lumpur jam 11.37 malam, 20 Mac terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Schipol, Amsterdam, Belanda.

Katanya, pesawat yang membawa 246 penumpang dan 17 anak kapal itu selamat mendarat di Amsterdam pada 6.19 pagi waktu tempatan.

“Penumpang telah ditempatkan di hotel berhampiran dan sebahagiannya dipindahkan ke penerbangan lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, penerbangan MH4  yang membawa 187 penumpang dan 17 anak kapal hari ini, terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur.

Manakala penerbangan MH1 dan MH3 dari London ke Kuala Lumpur yang dijadualkan pada hari ini turut terjejas akibat gangguan tersebut.

“Malaysia Airlines amat kesal atas kesulitan yang dialami penumpang akibat gangguan ini. Keselamatan penumpang dan anak kapal kekal sebagai keutamaan utama kami,” katanya lagi.

Gangguan bekalan elektrik di salah satu lapangan terbang paling sibuk di dunia itu dilaporkan berpunca daripada kebakaran yang berlaku di sebuah stesen janakuasa berhampiran lapangan terbang tersebut.

Difahamkan, Lapangan Terbang Heathrow dijangka kekal ditutup sehingga tengah malam Jumaat bagi membolehkan pemulihan bekalan elektrik dilakukan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here