JAKARTA – Sekurang-kurangnya tujuh penerbangan antarabangsa dari pulau peranginan, Bali dibatalkan, kata para pegawai, selepas sebuah gunung berapi di timur Indonesia meletus dengan kepulan debu bewarna hitam setinggi lapan kilometer di udara

Gunung Lewotobi Laki-Laki, setinggi 1,703 meter, yang terletak di Pulau Flores meletus selama 11 minit 9 saat lewat malam semalam, kata pihak berkuasa, yang turut meningkatkan status amaran pada tahap tertinggi.

Pada jam 9.45 pagi ini, sebanyak tujuh penerbangan antarabangsa dibatalkan, enam daripadanya adalah penerbangan Jetstar ke Australia dan satu penerbangan AirAsia ke Kuala Lumpur, menurut Jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Nyurah Rai di Bali, Andadina Dyah.

Beberapa penerbangan lain, domestik dan antarabangsa, melibatkan Thailand, Singapura dan Australia mengalami kelewatan, katanya.

Lapangan terbang di Maumere, Flores yang terletak berhampiran dengan gunung berapi itu tidak terjejas akibat debu, menurut Kementerian Pengangkutan.

“Debu bewarga kelabu hingga hitam dengan ketumpatan yang tinggi,” kata agensi gunung berapi Indonesia dalam satu kenyataan mengenai lutusan yang bermula jam 11 malam semalam.

Letusan dalam tempoh yang panjang menyebabkan agensi geologi negara itu meningkatkan tahap amaran gunung berapi kepada tahap tertinggi, tahap empat.

Pihak berkuasa melaksankan zon larangan antara tujuh hingga lapan kilometer di sekeliling gunung tersebut, tambah agensi itu.

Pada November lalu, Gunung Lewotobi Laki-Laki meletus beberapa kali, menyebabkan sembilan orang maut dengan berpuluh-puluh penerbangan antarabangsa ke Bali dibatalkan dan beribu-ribu orang dipindahkan. – AFP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here