Orang ramai beratur untuk mendapatkan ayam segar percuma sumbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah hari ini.

PERMATANG PAUH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyumbangkan sebanyak 28,000 ekor ayam segar kepada penduduk Parlimen Permatang Pauh bagi meringankan beban mereka menjelang Aidilfitri.

Pegawai Penyelaras Kadun Seberang Jaya, Fayyadh Afiq Al-Bakqry berkata, inisiatif ini dilaksanakan menerusi Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dengan pengagihan dibuat di 14 masjid sekitar parlimen serta tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Seberang Jaya, Penanti, dan Permatang Pasir.

Jelasnya, sumbangan ayam segar seberat 56 tan itu akan diagihkan dalam dua fasa iaitu 14,000 ekor ayam minggu ini dan selebihnya pada minggu hadapan.

Fayyadh Afiq.

“Inisiatif ini bertujuan membantu penduduk menyambut membuat persiapan Aidilfitri dengan lebih bermakna.

“Kita mahu memastikan rakyat dapat menikmati bekalan makanan yang mencukupi, terutamanya menjelang hari raya yang semakin hampir.

“Selain itu, sumbangan peribadi perdana menteri juga mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sebanyak 14,000 ekor ayam segar diagihkan bagi fasa pertama di 14 masjid sekitar Parlimen Permatang Pauh.

Sementara itu, tinjauan di lokasi agihan di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Bandar Perda di sini, mendapati 1,500 ekor ayam yang diagihkan di masjid itu habis dalam tempoh 30 minit.

Siti Norfatimah.

Menurut Siti Norfatimah Musa, 42, pemberian ayam ini dapat meringgankan kos perbelanjaan mereka enam sekeluarga untuk berbuka puasa hari ini.

“Terima kasih kepada PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) atas pemberian barangan mentah seperti ini walaupun hanya seekor ayam tapi bermakna buat kami,” katanya yang bekerja sebagai juruwang di sebuah stesen minyak.

Ahmad Ridwan.

Bagi Ahmad Ridwan Sufian, 34, pula, dia berharap sumbangan seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa bagi meringgankan bebanan golongan yang memerlukan.

“Bagus la buat pemberian ayam segar seperti ini kerana sedikit sebanyak dapat meringankan beban kami menjelang hari raya tidak lama lagi,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here