Remaja maut selepas motosikal ditunggang merempuh besi penghadang jalan di Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, Kota Tinggi malam tadi.

KOTA TINGGI – Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggang terbabas dan merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 19.3 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Yusof Othman berkata, kemalangan melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR itu berlaku pada pukul 8.40 malam.

“Dalam kemalangan tersebut penunggang motosikal terbabit dalam perjalanan dari arah Sungai Rengit menghala ke Kota Tinggi.

“Setibanya di lokasi kemalangan, motosikal tersebut hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar ‘guard rail’ yang berada di bahu jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut penunggang berkenaan mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, mayat lelaki tersebut dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

Menurutnya, kes masih dalam siasatan polis bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh dipenjara lima hingga 10 tahun serta denda RM20,000 hingga RM50,000 dan hilang kelayakan lesen memandu tidak kurang lima tahun.

Beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati pada musim hujan kerana faktor jalan yang licin boleh mengundang kemalangan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here