Suspek kes curi dalam masjid ada 19 rekod jenayah lampau - Ketua Polis daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai

KUANTAN – Seorang lelaki berusia 44 tahun direman bagi membantu siasatan berhubung kes curi dalam masjid, curi sawit serta satu kes samun di sekitar Pekan Awah dan Chenor, Maran pada tahun 2017.

Menurut Ketua Polis daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai, pihaknya menerima enam laporan berhubung siri kejadian curi dalam masjid dan curi sawit sepanjang bulan November 2024 sehingga Februari 2025.

“Namun, pada 19 Mac lalu, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran berjaya menumpaskan kegiatan jenayah curi dalam masjid dan sawit dengan menangkap suspek yang mempunyai 19 rekod jenayah lampau.

“Dengan tertangkapnya suspek ini, polis telah menyelesaikan satu lagi kes jenayah samun di kawasan Pekan Awah yang dilaporkan berlaku pada tahun 2017, yang mana mangsa telah disamun seutas gelang tangan, dua beg tangan dan wang tunai berjumlah RM1,800,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Wong, polis juga telah merampas sebuah lori jenis Daihatsu Delta dan serangkai anak kunci yang digunakan suspek bagi tujuan siasatan lanjut.

Suspek direman selama empat hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bermula 19 Mac lalu untuk disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan (curi dalam masjid).

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dengan denda. – MalaysiaGAzette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here