Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Syed Hamadah Syed Othman bercakap pada sidang media berkenaan Agihan Keutungan Tabung Haji di Menara Tabung Haji, Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 21 MAC 2025.

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) akan terus kekal dengan disiplin bagi mengurus portfolio pelaburannya untuk memastikan pemeliharaan modal yang selamat serta pulangan dividen yang mampan di sebalik cabaran ekonomi global pada 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Syed Hamadah Syed Othman berkata, ia berikutan ketidaktentuan pasaran yang dijangka meningkat akibat risiko kelembapan ekonomi serta perang perdagangan antara negara-negara besar dunia.

“Pelaburan TH adalah berdasarkan strategi peruntukan aset yang telah ditetapkan, dengan kira-kira 55 peratus dilaburkan dalam sukuk, 27 peratus dalam pasaran saham dan selebihnya dalam sektor hartanah serta instrumen pasaran wang.

“Mengenai pelaburan selamat, TH menumpukan kepada aset-aset konservatif seperti sukuk patuh syariah dan instrumen pasaran wang yang kurang berisiko berbanding ekuiti persendirian,” katanya pada sidang media pengumuman agihan keuntungan TH bagi tahun kewangan 2024, di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

TH hari ini mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun kewangan 2024 meningkat kepada 3.25 peratus setelah mengambil kira zakat sebanyak 2.5775 peratus.

Agihan keuntungan berjumlah RM2.92 bilion itu bakal memberi manfaat kepada lebih 9.54 juta pendeposit.

Ia adalah agihan tertinggi dalam tempoh tujuh tahun sejak 2018.

Agihan itu dipacu prestasi pelaburan yang lebih baik kesan pertumbuhan ekonomi dan pasaran saham negara yang positif pada tahun 2024, disamping usaha berterusan bagi mengawal kos operasi. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here