Gambar hiasan

KUANTAN – Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyediakan 87 outlet di seluruh negeri Pahang untuk membolehkan orang ramai membeli barangan keperluan.

Pengarah FAMA Negeri Pahang, Rashiha Mamat berkata, outlet berkenaan akan menawarkan daging, ayam, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan, produk runcit,  produk industri asas tani serta bahan makanan lain.

Kesemua 87 outlet itu merupakan Pasar Tani (lima outlet), Pasar Tani Kekal (lima outlet), Agrobazaar (65 outlet), Bazaar Industri Asas Tani (IAT) Aidilfitri (enam outlet) serta jualan atas talian di Agrobazaar Online (enam outlet).

Rashiha turut memberitahu, Program Sambutan Semarak Syawal peringkat negeri Pahang akan diadakan di Pasar Tani Kekal Pekan pada 29 Mac ini.

“Bagi perantau yang menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT), FAMA telah bekerjasama dengan AFA Prime, Konsesi Lebuhraya bagi mengadakan IAT Aidilfitri di Kawasan Rehat dan Rawa (R&R) Temerloh arah Timur.

“Ia akan beroperasi 24 jam bermula 13 Mac – 12 April ini di mana pelbagai Aneka kerepek, Kuih Raya, Biskut Raya yang menarik boleh diperolehi disitu untuk dibawa pulang ke kampung halaman.

Sehubungan itu, orang ramai diseru tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi semua outlet yang disediakan itu di kesemua 11 daerah di seluruh Pahang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here