ISTANBUL – Juara heavyweight dunia dua kali dan pemenang pingat emas Olimpik, George Foreman menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun, umum keluarganya pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Kami berterima kasih atas limpahan kasih sayang dan doa serta memohon agar diberikan privasi ketika kami menghormati kehidupan insan luar biasa yang berharga bagi kami,” kata keluarganya.

Dalam kenyataan di Instagram, keluarganya menyifatkan Foreman sebagai seorang paderi, suami, bapa dan datuk yang menjalani kehidupan dengan keimanan dan tujuan.

Mereka turut menekankan pencapaiannya dalam arena tinju serta usaha beliau dalam mengekalkan legasinya.

Foreman meraih pingat emas Olimpik pada 1968 dan kemudian menjuarai kategori heavyweight sebanyak dua kali – pada 1973 dan 1994. Beliau juga dikenali sebagai seorang paderi serta ahli perniagaan selepas bersara daripada tinju. – BERNAMA-ANADOLU

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here