Logo Polis Diraja Malaysia

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bersenjatakan pistol merompak sebuah kedai emas di dalam sebuah pasar raya di Kota Damansara, Petaling Jaya dekat sini, petang tadi.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, lelaki berkenaan yang memakai topeng muka serta baju berhud mengacukan pistol ke arah pekerja premis terbabit sebelum melarikan diri bersama sejumlah barang kemas dengan menaiki sebuah kereta.

Semasa kejadian terdapat seorang pelanggan dan tiga pekerja di dalam premis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Jaafar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan satu kenyataan media akan dikeluarkan. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here