Kredit: Facebook Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mempunyai peranan penting untuk memacu ketahanan ekonomi Malaysia dalam dunia yang semakin mencabar, kata Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau menuntut warga kementerian untuk lebih berdaya saing dalam menghadapi isu geopolitik, perang perdagangan dan persaingan kuasa besar dunia.

“Walaupun 2024 penuh dengan kejayaan dalam perdagangan dan pelaburan, 2025 menuntut kita lebih pantas dan berdaya saing dalam menghadapi isu geopolitik, perang dagang serta persaingan kuasa besar dalam teknologi.

“Selama ini, kita telah mengemudi perlbagai cabaran tetapi pesaingan tetap semakin sengit!,” katanya dalam catatan di laman media sosialnya hari ini sempena Permukiman MITI 2025.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here