KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di Apartment Sri Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada 20 Mac 2025 sekitar jam 5.50 petang.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar, bpihaknya menerima laporan kehilangan remaja terbabit pada jam 11.23 malam hari yang sama.
Beliau mendedahkan, mangsa dikenali sebagai Nur Aidil Fitri Arasy Helmi, berbangsa Melayu, dengan ketinggian 163cm dan berat 53kg.
“Dia memiliki rambut hitam, kulit cerah, hidung mancung dan bibir nipis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kehilangan mangsa agar tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222.
Selain itu, Maklumat juga boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Izahita, di talian 010-2513690 bagi membantu siasatan. -MalaysiaGazette