Gambar ihsan Pahang Media

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa bangga susulan pengiktirafan empat daerah di negeri ini sebagai Bandar Paling Paling Bahagia 2025.

Pengiktirafan yang diumumkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut menyenaraikan 16 bandar lain di seluruh negara termasuk Lipis, Cameron Highlands, Jerantut dan Temerloh.

Al-Sultan bertitah, pengiktirafan empat bandar berkenaan amat bersesuaian dengan karakter penduduk setempat yang sentiasa ceria.

“Saya bangga kerana di Lipis, Cameron Highlands, Jerantut dan Temerloh (daerah paling bahagia). Di Lipis ni khususnya, saya pergi juga melawat bandar, masjid tadi memang nampak orang di sini semua senyum, bahagia sebab dinobat sebagai bandar bahagia. Memang sesuai sangat.

“Kita bertuah tinggal di bumi Pahang ni. Mudah-mudahan diberkati, bersama semua kerja kuat, mengaji kuat, sembahyang kuat, puasa kuat dan berterusan,” titah baginda.

Al-Sultan bertitah demikian ketika berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Maahad Tahfiz Ar-Rushd (MTAR) di Kampung Tanjung Gahai, Lipis malam tadi.

Semalam, KPKT mengumumkan 20 bandar tersenarai sebagai Bandar Paling Bahagian 2025 berdasarkan Indeks Kebahagiaan Malaysia di mana Lipis, Cameron Highlands dan Jerantut dalam kategori Majlis Daerah, manakala Temerloh bagi kategori Perbandaran. – MalaysiaGazette

Sumber : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here