SERAMAI 48 penuntut UPNM dari Sabah dan Sarawak diterbangkan menerusi program Jiwa Murni TUDM untuk menyambut Aildilfitri, semalam. - Foto: FB TUDM

KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerbangkan seramai 48 mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dari Sabah dan Sarawak yang kurang berkemampuan untuk pulang menyambut Aidilfitri di kampung masing-masing.

Kesemua mereka diterbangkan melalui program Jiwa Murni menerusi penerbangan `logistic communication’ di Pangkalan Udara Subang, dekat sini, semalam.

Sementara itu, Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad menzahirkan penghargaan kepada Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan serta seluruh warga TUDM atas keprihatinan dan usaha murni tersebut.

Katanya, program itu amat bermakna bagi para pelajar yang kurang berkemampuan kerana dapat meringankan beban kewangan mereka, selain memberikan kebahagiaan yang tidak ternilai.

“Ini merupakan satu inisiatif yang sangat dihargai, terutama bagi mereka yang jauh dari keluarga.

“Usaha TUDM dalam membantu pelajar ini pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya menunjukkan komitmen tinggi dalam membantu golongan yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan seperti dimuat naik menerusi laman sosial Facebook TUDM hari ini.

SERAMAI 48 penuntut UPNM dari Sabah dan Sarawak diterbangkan menerusi program Jiwa Murni TUDM untuk menyambut Aildilfitri, semalam. – Foto: FB TUDM

Tambah kenyataan itu, inisiatif tersebut bukan sahaja memberi manfaat dari segi kos perjalanan, tetapi turut mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan TUDM terhadap masyarakat.

Dalam masa sama, ujarnya, inisiatif itu juga mencerminkan nilai-nilai kemanusiaan dan kepedulian sosial dalam kalangan anggota TUDM.

“TUDM terus komited dalam memainkan peranan sebagai sebuah angkatan udara yang bukan sahaja menjaga keselamatan ruang udara negara tetapi juga sentiasa prihatin terhadap kebajikan masyarakat.

“Program Jiwa Murni ini membuktikan bahawa TUDM bukan sekadar sebuah pasukan pertahanan, malah sebuah institusi yang menyumbang kepada kesejahteraan rakyat,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here