Lima lelaki warga Indonesia ditahan bantu kes cuba seludup keluar dadah ke negara jiran melalui perairan di Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Tindakan pantas Unit Risikan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah yang didalangi warga Indonesia di perairan Teluk Kumbar, di sini, semalam.

Tangkapan lima lelaki Indonesia berusia 20 hingga 40-an antara jam 3 hingga 7 pagi itu turut membawa kepada rampasan dadah disyaki syabu seberat lebih 22 kilogram dengan anggaran nilai RM728,704.

Difahamkan, mereka dalam perjalanan menyeludup keluar syabu tersebut ke negara jiran.

Syabu yang dirampas dalam operasi tersebut.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, ketika pasukan melakukan rondaan telah mengesan sebuah bot dalam mencurigakan sebelum mendapati mereka bertindak membuang barang kes ke laut.

Jelas beliau, susulan itu mereka cuba melarikan diri namun bot yang dinaiki itu telah terlanggar batu menyebabkan ia mula tenggelam sebelum masing-masing berlari ke arah darat Pantai Teluk Bayu di Sungai Batu, di sini.

“Hasil pencarian pasukan berjaya menahan lima suspek tersebut berhampiran bot mereka tinggalkan.

“Dalam operasi itu kita turut merampas 22 bungkusan kuning keemasan bertulis “Guanyinwang Refined Chinese Tea” yang mengandungi dadah disyaki syabu lebih 22 kg yang bernilai RM728,704.

Bot yang dinaiki suspek tenggelam susulan terlanggar batu ketika mereka cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa.

“Turut dirampas sebuah kereta Hyundai Tucson bernilai RM150,000 dan empat telefon bimbit pelbagai jenis bernilai RM5,000 sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan rampasan berjumlah RM833,704,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Tambah beliau, kesemua suspek direman sehingga 28 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here