Kecederaan di bibir yang dialami seorang pelajar perempuan Politeknik Merlimau, Jasin selepas tersangkut pada tali tangsi layang-layang (gambar kecil) yang melintang di Jalan Bandar Baru Merlimau Utara, Jumaat lalu.

JASIN – Dua pelajar Politeknik Merlimau di sini yang sedang menaiki motosikal masing-masing cedera di bibir, leher, jari dan tangan selepas tersangkut pada tali tangsi layang-layang yang melintang di Jalan Bandar Baru Merlimau Utara, di sini Jumaat lalu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika kedua-dua pelajar lelaki dan perempuan berusia 20 tahun itu baru selesai membeli juadah untuk berbuka puasa.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Mohamad Rusli Mat berkata, sebaik tiba ditempat kejadian, kedua-dua mangsa telah tersangkut pada tali tangsi layang-layang yang melintang di tengah jalan berhampiran Dataran Orang Kampung.

Mohamad Rusli Mat

“Ekoran itu, pelajar lelaki dan perempuan masing-masing berusia 20 tahun mengalami luka jari, leher, bibir dan tapak tangan di lokasi yang menjadi tempat layang-layang dimainkan.

“Kedua-dua mangsa kemudian telah mendapatkan rawatan di klinik berhampiran,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan agar mencari kawasan yang lapang dan sesuai untuk aktiviti riadah seperti bermain layang-layang dan elakkan bermain berhampiran jalan raya, tiang elektrik atau tumpuan ramai.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar menunjukkan kecederaan dialami dua penuntut politeknik berkenaan sehingga mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang pernah berdepan situasi sama sebelum ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here