Presiden Parti Gerakan Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu lebih berhati-hati untuk menjaga sensitiviti kaum khususnya dalam pengendalian isu rumah ibadat.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, sekiranya kerajaan mempunyai perancangan yang lebih sistematik, penyedian tapak khusus untuk pembinaan rumah ibadat akan menjadi lebih mudah, menjimatkan masa.

“Merujuk kepada isu kuil Hindu yang menjadi perhatian  kebelakangan ini, beliau memberi satu contoh terbaik iaitu “Harmony Street” di Pulau Pinang.

“Sepanjang jalan itu, pelbagai rumah ibadat didiri, masjid, surau, rumah ibadat tokong , gurdwara Sikh, kuil Buddha, gereja Kristian, kuil Hindu, dan agama-agama lain.

“Sudah tentu, saya faham bahawa untuk melaksanakan model ini nampak mudah, tetapi ada kesukaran dan cabaran.

“Dalam kawasan perumahan baharu, kerajaan biasanya memperuntukkan tanah untuk pembinaan masjid, tapi keperluan penduduk bagi rumah ibadat bukan Islam sering diabaikan. Ini adalah satu isu, yang perlu bincang secara terbuka oleh semua pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dominic menegaskan, isu kuil tidak sepatutnya dipolitikkan kerana ia hanya akan menjadikannya lebih rumit dan tidak baik untuk perpaduan rakyat.

Katanya, Malaysia adalah sebuah masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya, di mana setiap kaum mempunyai kepercayaan dan latar belakang yang berbeza.

“Oleh itu, semua pihak perlu menangani perkara ini dengan berhati-hati.

“Kami menggesa semua pihak agar bersikap matang dan rasional dalam melihat isu pemindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Kuala Lumpur,” ujarnya.

Dominc berharap pemimpin DAP dan pemimpin bukan Islam dalam kerajaan mengambil inisiatif untuk mengikuti rapat perkembangan isu berkenaan dan memastikan penyelesaiannya dapat memuaskan semua pihak.

Katanya, Perlembagaan Malaysia menjamin kebebasan beragama, memandangkan struktur masyarakatnya yang berbilang kaum dan budaya selain kebebasan itu perlu dipraktikkan dengan penuh tanggungjawab.

“Ketika amalan agama melibatkan kepentingan awam, ia perlu ditangani dengan lebih berhati-hati demi kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan,” tambahnya. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here