Pihak polis gempur lokasi mat rempit di Kilometer 131 Lebuh Raya Utara Selatan di Pulau Pinang hari ini.

BUKIT MERTAJAM – Waktu sahur yang sepatutnya diisi dengan persiapan berpuasa bertukar menjadi litar lumba haram apabila sekumpulan mat rempit menjadikan lebuh raya sebagai medan aksi berbahaya.

Bagaimanapun, tindakan mereka berjaya digagalkan pihak polis menerusi Operasi Samseng Jalanan Bersepadu di Kilometer 131 hingga Kilometer 135, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, operasi bermula jam 10 malam hingga 7 pagi itu turut dilakukan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri.

Sebanyak 30 motosikal disita dalam operasi tersebut.

“Sebanyak 200 buah motosikal telah diperiksa dalam operasi tersebut sebelum 30 daripada disita mengikut  Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Selain itu, sebanyak 90 saman juga dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu, ubah suai struktur motosikal, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan penggunaan ekzos bising,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, pihak AADK turut menahan lima individu selepas didapati positif dadah mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1957. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here