KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil maklum ramalan awal banjir yang dijangka melanda beberapa daerah di Terengganu dan Kelantan bermula 23 Mac ini, seperti yang dimaklumkan oleh Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN).
Menurut TNB, sebagai langkah persediaan, syarikat utiliti itu telah mengaktifkan pasukan teknikal dan kesiapsiagaan bencana bagi memastikan bekalan elektrik dapat dikawal dengan selamat serta memastikan keselamatan orang ramai.
“TNB sentiasa mengutamakan keselamatan pengguna dan akan bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan untuk memantau keadaan serta mengambil tindakan sewajarnya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Jelasnya, sekiranya banjir berlaku, bekalan elektrik di kawasan yang terjejas mungkin diputuskan sementara bagi memastikan keselamatan penduduk.
Orang ramai dinasihatkan untuk mengelakkan kawasan yang ditenggelami air dan berhati-hati dengan peralatan elektrik danĀ  mematuhi arahan pihak berkuasa berkaitan pemindahan dan keselamatan.
Bagi mendapatkan maklumat atau aduan berkaitan bekalan elektrik orang ramai boleh menghubungi TNB Careline di talian 15454; Private Message (PM) di Facebook TNB Careline, Direct Message (DM) ke X @Tenaga_Nasional atau e-mel ke [email protected]. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here