Foto: FB

CAPE TOWN – Duta Afrika Selatan, Ebrahim Rasool yang diusir pentadbiran Donald Trump dan diisytihar sebagai persona non grata disambut beratus-ratus orang setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town.

Rasool dan isteri, Rosieda dikerumuni orang ramai dan polis perlu mengiringi beliau keluar daripada terminal.

Berucap di hadapan penyokongnya, Rasool berkata: “Pengisytihrtan persona non grata bermakna untuk menghina anda.

“Tetapi apabila anda pulang dan menerima (sambutan daripada) kumpulan seperti ini, dengan sambutan hangat seperti ini, saya akan memakai persona non grata saya sebagai lencana kehormatan.

“Ia bukan pilihan kami untuk pulang, kami pulang tanpa kekecewaan,”.

Pentadbiran Trump mengusir Rasool berikutan ulasan yang dibuatnya yang mana beliau menggambarkan Pergerakan MAGA (Make America Great Again) dipacu oleh ‘naluri ketuanan’.

Pengusiran Rasool yang merupakan aktivis anti apartheid itu meningkatkan ketegangan antara kedua-dua buah negara yang mana Afrika diuji dengan dasar-dasar baharu diperkenalkan Presiden AS itu baru-baru ini.

AS mengambil langkah yang lebih luas terhadap Afrika Selatan dengan Presidennya mengeluarkan arahan eksekutif memotong semua pembiayaan di negara itu dengan mendakwa kerajaan Afrika Selatan menyokong Hamas dan Iran dan mengamalkan dasar anti kulit putih.

Bagaimanapun Rasool memberi penekanan tentang keperluan Afrika Selatan untuk membaiki hubungan dengan Washington dengan menyatakan: “Kami tidak datang ke sini untuk menyatakan kami anti-Amerika.

“Kami tidak datang ke sini untuk meminta kamu untuk membiarkan kepentingan kami di AS berlalu,”.

Pengusiran beliau secara rasmi diumumkan Setiausaha Negara AS, Marco Rubio dan melabel beliau sebagai ‘ahli politik yang mengumpan kaum’ dengan membuat hantaran dalam laman media social.

Wala[un Rubio tidak menyatakan alas an secara langsung, hantaran beliau dikaitankan dengan atrikel Breitbart yang memperincikan kenyataan Rasool mengenai perubahan demografik di AS dan kesan politiknya.

Kekal dengan kenyataannnya, Rasool berkata: “Ia bukan AS Obama, ia bukan AS Clinton, ia AS yang berbeza dan oleh itu bahasa kami pertu ditukar.

“Saya kekal dengan analisis saya kerana kami menganlisis keadaan politik, bukan seorang personaliti, bukan sebuah negara dan bukan sebuah kerajaan.

Rasool menegaskan komitmen Afrika Selatan untuk mengheret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa kerana melakukan genosid, dan menolak tekanan AS untuk menarik balik kes itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here