Mayat seorang bayi ditemukan terlangkup di dalam lubang tandas wanita dekat stesen minyak Petronas Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam, pada Ahad.

SABAK BERNAM – Seorang bayi ditemukan tidak bernyawa yang terlangkup dalam lubang tandas wanita dekat stesen minyak Petronas Sungai Haji Dorani di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superitendan Md Yusof Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai penemuan itu, kira-kira pukul 12 tengah hari.

“Orang awam yang telah menjumpai mayat seorang bayi, jantina dan bangsa tak pasti terlangkup dalam lubang tandas wanita dekat Petronas Sungai Haji Dorani.

“Pihak polis bergegas ke tempat kejadian. Hasil pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan bayi tersebut meninggal dunia pada pukul 11.15 pagi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Md Yusof, siasatan awal mendapati, rakaman video televisyen litar tertutup (CCTV) berjaya merakam dua individu wanita disyaki suspek yang terlibat dalam insiden tersebut.

“Terdapat pergerakan seorang wanita  berbangsa Melayu yang sedang hamil ditemani seorang perempuan Melayu masuk ke dalam tandas di Petronas tersebut.

“Kedua-dua wanita tersebut didapati menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza berwarna biru manakala nombor pendaftarannya pula tidak jelas,” katanya.

Selain itu, katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam sedang giat menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan individu dan suspek utama kes tersebut.

“Ini kerana suspek telah menyembunyikan kelahiran bayi dengan jalan membuang mayat dengan sulit.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya,” katanya.

Polis meminta kerjasama daripada mana-mana saksi yang terdapat sebarang maklumat berkaitan kejadian ini agar tampil membantu siasatan.

Maklumat tersebut boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nor Aimi Lyana Mohd Khairani di talian 018-2510452 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here