Motosikal yang ditunggang mangsa di lorong itu telah mengelak lalu hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar besi penghadang jalan. Foto PDRM

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat alam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 68.5 Lebuhraya Karak – Kuala Lumpur menghala timur di Bentong, Pahang hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa yang maut dikenali sebagi Ismail Jamaluddin, 38, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Terdahulu, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam pada jam 3.40 petang tadi.

“Siasatan awal mendapati, sebuah kereta yang dipandu dalam perjalanan dari Dengkil, Selangor menghala ke Kuantan hilang kawalan lalu melanggar konkrit pembahagi jalan di sebelah kanan.

“Kereta itu berpusing masuk ke lorong kiri menyebabkan motosikal yang ditunggang mangsa di lorong itu telah mengelak lalu hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar besi penghadang jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

sebuah kereta yang dipandu dalam perjalanan dari Dengkil, Selangor menghala ke Kuantan hilang kawalan lalu melanggar konkrit pembahagi jalan di sebelah kanan. Foto PDRM

Tambah beliau, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta pihak yang melihat kejadian untuk tampil membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here