Kereta BMW 530E yang didakwa rosak dan masih gagal dibaiki oleh penjual kereta terpakai.

GEORGE TOWN – Seorang ahli perniagaan  mengalami kerugian lebih RM120,000 apabila kereta BMW 530E yang baru dibeli mengalami kerosakan dalam tempoh 24 jam digunakan.

L. Francis Xavier, 36, mendakwa dia membeli kereta tersebut daripada seorang penjual kenderaan terpakai di Kuala Lumpur pada 19 Februari lalu.

Jelasnya, kereta BMW 530E itu ditawarkan pada harga RM120,000 kemudian dia tukar beli (trade-in) kereta lama miliknya pada harga RM40,000 sebelum menambah baki berjumlah  RM80,000.

Bagaimanapun, katanya, pada keesokan hari dia mendapati kereta tersebut mengalami kerosakan sebelum memulangkan semula kenderaan berkenaan penjualnya.

“Mereka (penjual serta pemilik kereta terpakai) mendakwa kereta tersebut masih mempunyai waranti selain berjanji akan baikinya di pusat service jenama kenderaan.

“Namun kini sudah lebih sebulan kereta itu masih belum dipulangkan kepada saya dan lebih teruk ia masih tidak dibaiki.

“Penjual tersebut pula memberi pelbagai alasan kononya pusat servis jenama kenderaan itu belum memberi respons dan semakan saya dengan pusat tersebut pula mereka memberi alasan yang bercanggah dengan penjual tersebut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah Francis Xavier, dia juga mengalami kerugian dalam perniagaan sewa kereta yang dilakukan susulan kereta tersebut masih gagal dibaiki pulih seperti dijanjikan pemilik kedai kereta terpakai tersebut.

“Saya mengusahakan perniagaan khidmat sewa kereta bagi majlis perkahwinan dan kini terpaksa menanggung kerugian disebabkan sikap penjual yang lepas tangan.

“Sebagai pembeli saya rasa ditipu oleh pemilik dan penjual kereta terpakai itu dan berharap ada pihak tampil bantu agar saya mendapat pembelaan sebagai pengguna,” katanya. – MalaysiaGazette 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here