WASHINGTON – Majalah, The Atlantic menyiarkan laporan terperinci operasi keselamatan pentadbiran Presiden Donald Trump apabila seorang wartawannya dimasukkan secara tidak sengaja ke dalam kumpulan chat yang mengandungi para pegawai Amerika Syarikat (AS) yang menyelaras serangan ke atas Yeman.
Perbincangan dalam chat yang turut membabitkan Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth, Penasihat Keselamatan Nasional, Michael Waltz dan Naib Presiden, JD Vance membincangkan masa, sasaran dan pakej senjata secara terperinci yang kebiasaannya maklumat itu terbatas kepada kerahsiaan sistem kerajaan.
Menurut The Atlantic, Ketua Pengarang majalah tersebut hanya sedar tentang rancangan serangan itu kira-kira dua jam sebelum ia dilaksanakan, selepas beliau menerima mesej daripada Hegseth pada jam 11.44 pagi 15 Mac lalu yang mengandungi maklumat operasi secara terperinci.
Serangan udara pada jam 2 petang waktu timur AS menyasarkan pejuang kumpulan Houthi di Yemen.
Wartawan yang dimasukkan dalam kumpulan chat secara tidak sengaja tidak disingkiran daripada kumpulan tersebut atau ditanya mengenai penyertaannya sebelum atau selepas serangan dilakukan.
Kumpulan chat yang diberi mana ‘HouthPC small group’ melibatkan anggota pasukan keselamatan nasional pentadbiran Trump dikenali ebagai MAR (Marco Rubio, Setiausaha negara), JD Vance (Naib Presiden), TG (kemungkinan Tulsi Gabbard, Pengarah Perisikan Nasonal) dan SM (dipercayai Stephen Miller).
Pada satu ketika, JD Vance menyatakan kekhuatiran mengenai masa operasi dan potensi kesan ekonomi dengan menulis: “Saya tidak pasti Presidens sedar bagaimana ia tidak konsisten dengan mesejnya terhadap Eropah ketika ini,”.
“Terdapat risiko bahawa kami melihat harga minyak yang sederhana kepada drastik. Saya sanggup untuk menyokong persetujuan pasukan dan kekal dengan kekhuatiran saya,”.
Vance melahirkan keenganan, manakala yang lain bertindak dengan teliti, termasuk Hegseth dan Waltz, yang berdebat mengenai tindakan segera perlu dilakukan.
“Tunggu beberapa minggu atau sebulan tidak merubah pengiraan asas, ” tulis Hegseth.
“Saya berpendapat kita perlu melakukannya, tetapi POTUS (Preseiden AS) masih mengekalkan ruang masa 24 jam untuk membuat keputusan,”.
Mesej itu dibalas SM: “Seperti yang saya dengar, presiden jelas, lampu hijau tetapi kami akan menjelaskan kepada Mesir dan Eropah apa yang boleh dijangka sebagai imbuhan,”.
Laporan The Atlantic menyatakan bahawa maklumat yang dikongsi secara terperici termasuk operasi rahsia dengan keselamatan nasional akan dikorbankan.
Beberapa peguam yang ditemuramah mengenai artikel tersebut mencadangkan tindakan seumpama itu menyalahi Akta Perisikan dan undang-undang rekod persekutuan.
Berikutan kekhuatiran terhadap tindakan perundangan, beberapa mesej dipadamkan yang mana ia menimbulkan persoalan mengenai pematuhan keperluan pengekalan rekod. – Agensi