MalaysiaGazette

MalaysiaGazette ingin membuat penjelasan berhubung penerbitan video MGNews bertajuk Botol ‘Kembali Dara’ ‘Ladies Collagen’ Rupanya Dadah – Noor Hisam – yang memetik sidang media Ketua Polis Perak pada 24 Mac 2025.

Pihak kami menjelaskan tajuk tersebut tidak berniat untuk merujuk kepada mana-mana produk keluaran syarikat V’Asia Cosmetic & Healthcare sebaliknya memetik isi kandungan sidang media Ketua Polis Perak tentang taktik sindiket pengedaran dadah yang cuba berselindung di sebalik botol-botol yang memaparkan jenama produk syarikat berkenaan.

Pihak MalaysiaGazette telah dihubungi oleh pemilik syarikat V’Asia Cosmetic & Healthcare dan bertindak menurunkan video tersebut di semua platform MalaysiaGazette kerana tajuk berita tersebut telah mengundang kekeliruan, salah sangka, komen-komen negatif dalam kalangan pengikut media sosial.

Pihak kami juga memohon maaf di atas segala kekeliruan, kegusaran dan komen negatif yang timbul berikutan penerbitan video tersebut. Segala kesilapan amat dikesali. – Pengarang

— MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here