Lubang benam di Seoul.

SEOUL – Seorang lelaki yang terjatuh ke dalam lubang besar di ibu kota Korea Selatan, Seoul telah ditemui mati, menurut jabatan bomba tempatan.

Lelaki itu menunggang motosikalnya di daerah Gangdong apabila jalan tersebut tiba-tiba runtuh pada kira-kira 18:30 waktu tempatan (09:30 GMT) pada Isnin.

Anggota penyelamat menemui mayatnya di bawah tanah pada pagi Selasa sekitar jam 11waktu tempatan, kira-kira 50 meter (164 kaki) dari tempat dia terjatuh.

Seorang pemandu kereta turut cedera dalam insiden yang tular di media sosial Korea Selatan.

Video kamera pemuka yang tersebar secara meluas dalam talian kelihatan menunjukkan saat jalan itu runtuh berhampiran persimpangan lalu lintas.

Ia menunjukkan penunggang motosikal itu terjatuh ke dalam lubang, manakala sebuah kereta yang laju di hadapannya mengelak.

Terdahulu pada Selasa, pasukan penyelamat menemui telefon bimbit dan motosikal di dalam lubang selebar 20 meter dan sedalam 20 meter, menurut media tempatan.

Lelaki yang dikatakan berusia 30-an itu masih belum dinamakan pihak berkuasa.

Kim Chang-seop, ketua balai bomba Gangdong pada taklimat awal berkata, terdapat 2,000 tan tanah dan air bercampur di dalam lubang itu.

Pihak berkuasa masih belum mendedahkan punca lubang benam itu.

Laporan yang dikemukakan kepada kerajaan bandar Seoul baru-baru ini menunjukkan 223 lubang benam berlaku di bandar itu dalam dekad yang lalu.

Ia disebabkan oleh pengurusan infrastruktur yang lemah, paip yang sudah tua atau rosak, penenggelaman jangka panjang dan kemalangan yang disebabkan oleh kerja-kerja penggalian. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here