Palestinians inspect the damage after an Israeli strike on the Nuseirat refugee Camp in the central Gaza Strip on December 7, 2024, amid the ongoing conflict between Israel and the Palestinian Hamas militant group. Photo AFP

ABU DHABI – Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan berbincang menerusi panggilan telefon mengenai usaha mencapai gencatan senjata terbaharu di Gaza.

Menurut laporan Agensi Berita Emirates (WAM), perbincangan itu berlangsung semalam ketika tentera Israel semakin agresif menyambung semula kempen ketenteraan di wilayah Gaza bermula minggu lalu.

Menerusi panggilan telefon itu, Sheikh Mohammed Zayed dilaporkan menggesa supaya bantuan kemanusiaan disalurkan segera kepada penduduk Gaza.

Selain itu, beliau turut melahirkan sokongan terhadap gagasan penyelesaian dua negara bagi merungkai konflik Palestin-Israel.

Kedua-dua pemimpin juga menyemak hasil lawatan rasmi ke Washington minggu lalu oleh Penasihat Keselamatan Negara UAE, Sheikh Tahnoon Zayed Al-Nahyan.

Pada lawatan itu, kedua-dua negara mencapai perjanjian penting antararnya termasuk dalam bidang kecerdasan buatan (AI), teknologi canggih, infrastruktur dan tenaga.

Pada 18 Mac lalu, Israel melancarkan semula serangan ke atas wilayah Gaza sekali gus menamatkan gencata senjata yang dicapai pada 19 Januari lalu.

Tentera regim Zionis turut menggerakkan operasi darat di seluruh bahagian selatan, utara, dan tengah Gaza, menyaksikan angka korban akibat peningkatan keganasan terbaharu itu melebihi 730 orang.

Sejak perang bermula pada 7 Oktober 2023, jumlah kematian penduduk Gaza mencecah seramai 50,082 orang, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast