Gambar hiasan.

PSIR GUDANG – Seorang penunggang maut selepas motosikal ditunggang terbabas sebelum tercampak di tengah jalan dan digilis lori di Kilometer 25, Lebuh Raya Pasir Gudang di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian tersebut berlaku pukul 6 petang melibatkan motosikal jenis Yamaha 135 LC ditunggang mangsa dan lori Scania.

“Kemalangan dipercayai berlaku semasa penunggang terbabit iaitu seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun datang dari Johor Jaya menghala ke Kampung Pasir Putih di sini.

“Sampai di tempat kejadian, motosikal mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas jatuh atas jalan dan tercampak di lorong kanan jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Sohaimi berkata, kemudian datang lori berkenaan di lorong kanan dipandu seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun tidak perasan penunggang motosikal terbabit yang tercampak bawah lori.

Kemudian, katanya, lori berkenaan tergilis penunggang motosikal berkenaan dan mengakibatkannya mengalami cedera parah di bahagian perut sebelum dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.

Beliau memberitahu, waris mangsa kemudian hadir di balai polis memaklumkan mangsa yang menerima rawatan di HSI meninggal dunia pada pukul 5 pagi semalam.

Siasatan dijalankan bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebarang maklumat daripada saksi kejadian boleh disalurkan menerusi 07-386 4222 bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya mengurangkan kelajuan dan jaga jarak selamat antara kenderaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here