Logo Polis Diraja Malaysia

SEREMBAN – Seorang lelaki maut selepas dilanggar sebuah lori apabila motosikal ditunggangnya terbabas dan mangsa terjatuh di atas jalan raya di Kilometer 277.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara pada 1.15 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim dalam kenyataan berkata siasatan awal mendapati semasa kejadian penunggang berusia 45 tahun itu bersama pembonceng lelaki dari arah Seremban menghala ke Nilai untuk berjumpa kawan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, penunggang motosikal dipercayai mengelak sebuah lori rosak di lorong kecemasan lalu hilang kawalan dan terbabas di lorong paling kiri.

“Akibat pelanggaran itu penunggang dan pembonceng jatuh ke atas jalan raya sebelum mangsa dilanggar sebuah lori lain yang datang dari arah yang sama,” katanya.

Beliau berkata bagaimanapun lori berkenaan tidak dapat dikenal pasti dan dipercayai beredar sejurus kemalangan berlaku.

Abdul Malik berkata penunggang itu mengalami kecederaan parah pada kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng berumur 50 tahun cedera pada tangan kanan dan dirawat oleh petugas kesihatan dari Klinik Kesihatan Nilai.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Rembau untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here