KUALA LUMPUR – Program pengagihan bubur lambuk anjuran jenama santan terkemuka, Kara mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records kerana disumbangkan kepada rumah kebajikan terbanyak dalam satu hari.
Ketua Pemasaran Kara, Jessi Choong berkata, menerusi program itu, sebanyak 10 periuk bubur lambuk dengan lebih 3,000 bekas diagihkan sebagai juadah berbuka puasa kepada 25 rumah kebajikan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Beliau berkata, pihaknya berbangga apabila satu rekod baharu berjaya dicipta terutamanya mendapat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan selebriti terkenal, Datuk Chef Ismail Ahmad
“Bubur lambuk adalah tradisi Ramadan yang dihargai dan menggunakan krim kelapa Kara dalam penyediaannya memastikan rasa yang kaya dan asli yang digemari Malaysia.
“Pencapaian ini lebih daripada rekod kerana ia adalah perayaan warisan masakan kami dan masyarakat yang menghidupkan tradisi ini,” katanya program tersebut yang berlangsung di IPD Dang Wangi baru-baru ini.

Chong menambah, sempena dengan perayaan legasi itu, Kara melancarkan Pembungkusan Batik edisi terhadnya yang mewakili generasi masa lalu, kini dan akan datang.
Katanya, batik bukan sekadar kain, ia melambangkan identiti negara dan warisan keluarga Malaysia yang mencerminkan ikatan yang menghubungkan generasi.
“Pembungkusan istimewa ini juga bagi memperingati perjalanan Kara selama 25 tahun yang menghormati warisan budaya Malaysia sambil meneruskan kesinambungan komitmennya untuk mengekalkan rasa asli melalui pendekatan moden,” katanya.
Pada majlis sama, Kara turut menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakh di Restoran Rebung, Kuala Lumpur.
Sebagai penghargaan ikhlas kepada pengguna setianya kerana menyokong jenama itu sejak 25 tahun yang lalu, Kara menganjurkan peraduan kebangsaan Legasi Kara Sempurnakan Raya dari 19 Februari lalu hingga 15 Mei depan.
Dengan pembelian minimum RM20 bagi mana-mana produk Kara, peserta boleh menyertai untuk memenangi hadiah hebat bernilai sehingga RM30,000. – MalaysiaGazette