Mas Ermieyati (tengah) menyampaikan sumbangan di Majlis Iftar Bersama Anak Yatim anjuran Srikandi Bersatu Negeri Melaka di Pusat Khidmat Srikandi Bersatu Melaka, Tambak Paya, Melaka, malam tadi.

MELAKA – Sayap wanita Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut tidak terkecuali melaksanakan program kebajikan bagi membantu golongan kurang berkemampuan pada Ramadan kali ini.

Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, sebanyak 136 bahagian parti di seluruh negara telah menggerakkan pelbagai inisiatif kebajikan pada bulan penuh keberkatan.

“Cabaran kewangan bukanlah penghalang kami untuk membantu masyarakat dan buktinya Srikandi di setiap bahagian tetap berusaha memastikan golongan yang kurang bernasib merasai nikmat Ramadan kali ini.

“Sebenarnya, kami menerima laporan ada bahagian menggunakan kreativiti mereka untuk menganjurkan program yang dapat menyentuh hati rakyat termasuk mencari dana sendiri bagi menyantuni golongan memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Iftar Bersama Anak Yatim yang dianjurkan oleh Srikandi Bersatu Negeri Melaka di Pusat Khidmat Srikandi Bersatu Melaka di Tambak Paya malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka, Mohd Azrudin Md Idris dan Ketua Srikandi Negeri Melaka, Roseniza Muamad.

Pada program tersebut, hampir 70 anak-anak kurang bernasib baik dari enam kawasan Parlimen di Melaka menerima sumbangan duit raya serta hamper.

Sementara itu, ibu tunggal kepada dua anak, Fariheen Mohd Puad,42, terharu kerana terpilih buat kali pertama bersama anak-anaknya yang turut diraikan dalam majlis penuh makna itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here