Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil dalam kenyataan berkata Mohamad Fayyad Affan Mohd Fakhri, 4, dipercayai keluar menerusi pintu belakang.

BALING – Seorang kanak-kanak autistik dilaporkan hilang setelah keluar daripada rumahnya di Kuarters Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kampung Landak Paya, Kupang dekat sini kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil dalam kenyataan berkata Mohamad Fayyad Affan Mohd Fakhri, 4, dipercayai keluar menerusi pintu belakang.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 2.36 petang dan menggerakkan pasukan ke lokasi kejadian bagi memulakan pencarian.

“Operasi pencarian mangsa dibuat di kawasan yang dipercayai mangsa telah hilang, bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung,” katanya sambil menambah operasi pencarian masih diteruskan. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here