Seorang remaja maut motosikal bertembung dengan sebuah bas di Lebuhraya Utara-Selatan, Kulai hari ini.

KULAI – Seorang penunggang maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum bertembung dengan lori di Kilometer 40.9 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah utara di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menerima aduan kejadian tersebut berlaku pukul 3.30 petang.

“Kemalangan tersebut melibatkan motosikal ditunggang mangsa jenis Yamaha Y15ZR dan sebuah bas jenis Man. Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa iaitu seorang remaja tempatan berusia 19 tahun di lorong kiri hilang kawalan lalu terbabas di lorong kanan hadapan bas dipandu seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun.

“Pemandu bas gagal mengelak lalu bertembung dengan penunggang motosikal terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seng Lee berkata, akibat pelanggaran tersebut, penunggang motosikal maut di tempat kejadian.

Kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempercayai maklumat berkaitan kemalangan tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim di talian 017-757 3507 atau hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kulai.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here