Gambar hiasan.

PASIR GUDANG – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu seorang wanita di Jalan Sungai Tiram di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut pada pukul 7.50 pagi di jalan menghala ke Felda Ulu Tebrau/Kulai Jaya itu.

“Kemalangan melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditunggang mangsa yang berusia 19 tahun dan MPV Perodua Alza dipandu seorang wanita berusia 54 tahun.

“Kemalangan berlaku semasa MPV berkenaan datang dari arah Jalan Sungai Tiram menghala ke Felda Ulu Tebrau.

“Sampai di tempat kejadian, pemandu tersebut telah memberi isyarat untuk belok ke kiri dan memperlahankan kenderaan untuk bergerak ke kiri merapati bahu jalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, penunggang motosikal terbabit pula yang berada di belakang MPV berkenaan terkejut dan cuba mengelak lalu hilang kawalan sebelum terbabas terlanggar tiang papan tanda di baju kiri jalan.

Menurut Mohd Sohaimi, akibat pelanggaran tersebut penunggang motosikal terbabit mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu MPV tersebut pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mohd Sohaimi memberitahu, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu melulu dan berbahaya hingga menyebabkan kematian.

Sebarang maklumat berkaitan daripada saksi kejadian kemalangan itu ujarnya, boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, Inspektor B Sarveshwaaran 012-261 2949.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here