Orang ramai dijemput hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini di Chini, Pekan.

KUANTAN – Orang ramai dijemput untuk memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini di Chini, Pekan.

Majlis akan berlangsung pada 2 Syawal 1446 Hijrah bertempat di Dewan Dato’ Shahbandar, Chini, Pekan dan dijangka bermula seawal jam pukul 9 pagi dan akan berakhir sekitar pukul 2 petang

Menerusi hantaran Facebook rasmi Wan Rosdy, satu lagi majlis rumah terbuka akan diadakan pada 5 April 2025 di Laman Sejahtera Jelai, Sungai Koyan, Lipis dan bermula sekitar 10.30 pagi.

“Dengan penuh rasa sukacita, saya menjemput seluruh rakyat di negeri Pahang untuk bersama-sama hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri yang akan diadakan di Chini dan juga di Jelai.

“Majlis rumah terbuka ini bukan sahaja menjadi platform untuk merapatkan hubungan antara pemimpin negeri dan rakyat, tetapi juga sebagai kesempatan untuk berkongsi kegembiraan dalam suasana penuh kemesraan,” katanya.

Pengunjung akan disajikan dengan pelbagai juadah istimewa sinonim dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri serta berpeluang beramah mesra bersama pemimpin-pemimpin negeri ini.

Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan untuk hadir bagi bersama-sama menyemarakkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dalam suasana muhibah dan kekeluargaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here