Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ribut petir dan angin kencang dijangka melanda di kebanyakan negeri hingga 5 petang, hari ini.

Menurut, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) ia membabitkan Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang dan Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang).

Sumber MetMalaysia

Selain itu, di Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang) dan Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).

“Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin); Negeri Sembilan (Jelebu, Jempol dan Tampin); Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru); Sarawak: Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah (Tanjung Manis, Daro, Dalat dan Mukah), Kapit (Song) dan Bintulu (Bintulu),” kata MetMalaysia.

MetMalaysia berkata, amaran tersebut dikeluarkan sekiranya terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here