KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Kangar, Perlis membenarkan permohonan polis untuk mereman penceramah bebas, Zamri Vinoth Kalimuthu selama dua hari bermula hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, perintah reman dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Mahkamah Kangar, Perlis kira-kira 9.30 pagi tadi.
“Zamri Vinoth sedang disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998,” katanya seperti yang dilaporkan BH Online.
ARTIKEL BERKAITAN
https://malaysiagazette.com/2025/03/27/polis-tahan-zamri-vinoth-berkaitan-isu-kuil/
Semalam, MalaysiaGazette melaporkan, Zamri Vinoth ditahan di Perlis selepas disyaki menghina agama dan menggugat ketenteraman awam menerusi kenyataannya yang dimuat naik di aplikasi Facebook, baru-baru ini.
Difahamkan hantaran tersebut didakwa berkait penempatan semula Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Kuala Lumpur.
Pengadu yang membuat laporan polis terhadap lelaki itu berkaitan satu komen di media sosial atas nama Zamri Vinoth yang dipercayai berhubung isu sebuah kuil yang mengandungi unsur hasutan dan mencemarkan agama Hindu. -MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN