Mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di tingkat bawah pangsapuri di Cheng, Melaka selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat rumahnya.

MELAKA – Gara-gara bertengkar dengan suaminya. seorang wanita cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat rumahnya di sebuah pangsapuri di Cheng di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, wanita berusia 35 tahun disedari terbaring di bawah pangsapuri itu oleh jirannya.

“Hasil siasatan awal mendapati, suri rumah itu  terjatuh dari tingkat 4 rumahnya kira-kira jam 8 pagi semasa di berada di rumah bersama suaminya berusia 43 tahun.

“Rakaman percakapan suaminya yang bekerja sebagai kelindan lori mengakui telah berlaku pertengkaran mulut dengan isteri itu sebelum suri rumah terbabit dikatakan melompat dari balkoni rumah di tingkat empat,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Christopher, pergaduhan dikatakan berlaku kira-kira jam 8 sebelum jirannya di tingkat paling bawah terdengar bunyi dentuman kuat dari luar rumah dan mendapati mangsa dalam keadaan terbaring.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan/ 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 atas kesalahan cubaan bunuh memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here