Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memberi jaminan bekalan keperluan harian di setiap lokasi pasar tani di seluruh negara mencukupi menjelang Aidilfitri.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, para pengguna tidak perlu berasa khuatir untuk mendapatkan keperluan itu yang dibekalkan menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).