Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang pesara guru kerugian RM200,000 selepas terperdaya dengan penipuan menerusi panggilan telefon pada 14 Feb lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata, wanita berusia 71 tahun itu pada mulanya dihubungi suspek yang menyamar sebagai pegawai kesihatan dan memaklumkan mangsa mempunyai bil tunggakan rawatan berjumlah RM68,000.

Beliau berkata, selepas mangsa menafikan perkara berkenaan, akaun bank miliknya pula didakwa terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram.

“Suspek kemudian mengarahkan mangsa berhubung dengan beberapa individu kononnya pegawai polis untuk menyelesaikan masalah itu dan wanita berkenaan telah didorong melakukan tujuh transaksi ke dalam satu akaun berjumlah RM200,000 menggunakan wang simpanannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata, mangsa yang kemudiannya mengesyaki diperdaya telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here