Sebahagian penduduk menyertai Majlis Tahli Perdana di Tanah Perkuburan Islam Kampung Buntut Pulau semalam.

TEMERLOH – Lebih 1,200 penduduk bertahlil beramai-ramai dalam acara Majlis Tahlil Perdana di Tanah Perkuburan Islam Kampung Buntut Pulau di sini semalam.

Acara tahunan penduduk itu melibatkan Kampung Buntut Pulau, Kampung Tengah, Kampung Pangsenam dan Kampung Pengkalan Manggis.

Menurut Tok Empat Kampung Buntut Pulau, Burhanuddin Arif, ia merupakan tradisi sejak dahulu lagi sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Alhamdulilah, kehadiran luar biasa kali ini dan melebihi 1, 200 orang. Kutipan keseluruhan sebanyak RM13,834 berjaya dikutip,” katanya.

Menurut Burhanuddin, seperti biasa, golongan kanak-kanak yang paling gembira kerana mendapat duit raya daripada penganjur dan para peserta lain.

“Acara ini juga memberi ruang para waris dapat bertahlil dan berjumpa sesama saudara mara yang balik ke kampung,” katanya lagi.

Kanak-kanak gembira mendapat duit raya awal.

Tambahan lagi, kawasan pusara di tanah perkuburan itu semakin selesa dikunjungi selepas proses gotong royong dilakukan saban minggu oleh jawatankuasa penduduk.

Sebahagian ahli jawatankuasa penganjur tahli perdana.

 

Selain itu pelbagai kemudahan untuk mesra pengunjung juga disediakan di tanah perkuburan yang sama.

Orang ramai boleh menyumbang Masjid An Nur, Kampung Buntut Pulau di nombor akauan Bank Muamalat 06-040-00060971-8.

Selepas ini, menurut Burhanuddin, pihaknya merancang mengadakan majlis raya dengan mengumpulkan anak-anak kampung di luar di Kampung Buntut Pulau. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here