Keadaan lalu lintas di Lebuhraya Utara Selatan Arah Kuala Lumpur mulai sesak berikutan orang ramai mulai pulang ke ibu kota selepas bercuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette dari Gopeng ke Bidor. Foto, ABDULLAH YUSOF, 02 FEBRUARI 2025.

KUALA LUMPUR – Keadaan trafik di semua lebuh raya utama di negara ini dilaporkan lancar pada hari pertama sambutan Aidilfitri, hari ini.

Kebanyakan perantau telah pulang ke kampung halaman mereka sejak empat hari lalu, mengurangkan kesesakan di lebuh raya.

Sehingga jam 10.00 pagi tadi, laporan trafik daripada syarikat konsesi lebuh raya melalui platform media sosial menunjukkan aliran trafik yang terkawal.

Menurut kemas kini di laman sosial rasmi PLUS di X, trafik di kedua-dua arah Utara dan Selatan berada dalam keadaan terkawal, dengan laluan ‘Smartlane’ diaktifkan di beberapa lokasi utama.

Antaranya, laluan arah Selatan dari Bandar Cassia ke Jawi (KM158.2 hingga KM162.3) serta dari Ayer Keroh ke Jasin (KM195.4 hingga KM184.3).

Sementara itu, bagi arah Utara, Smartlane diaktifkan di laluan Tangkak ke Jasin (KM174.2 hingga KM180.2).

Pemandu dibenarkan menggunakan laluan kecemasan tersebut tetapi dinasihatkan agar memandu dengan berhemah.

Selain itu, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) turut melaporkan trafik lancar di sepanjang lebuh raya Kuala Lumpur-Karak dalam kedua-dua arah.

Terdahulu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan jumlah kenderaan di lebuh raya utama meningkat sehingga 2.77 juta sehari sepanjang musim perayaan ini.

Dalam usaha memastikan keselamatan pengguna jalan raya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan Op Selamat 24 bermula 29 Mac hingga 3 April, selain melaksanakan kempen kesedaran keselamatan jalan raya bagi mengurangkan risiko kemalangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here