Orang ramai masih memenuhi bazar ketika tinjauan lensa Malaysiagazette sempena persiapan saat akhir Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut pada 31 Mac di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 30 MAC 2025.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan terus memantau untuk memastikan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam proses dapat dijalankan dengan lancar dan kesejahteraan masyarakat  dipelihara.

Menterinya, Nga Kor Ming menasihatkan PBT dan para peniaga kecil agar memainkan peranan masing-masing dengan penuh amanah dan tanggungjawab demi keharmonian dan kepentingan bersama sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Kata beliau, PBT mesti menjalankan tugas mereka dengan penuh amanah dan integriti.

Nga Kor Ming

Manakala peniaga pula perlu memastikan mereka mematuhi undang-undang dan memperoleh lesen atau permit yang sah sebelum berniaga.

“Saya memahami ramai peniaga kecil gigih mencari rezeki sepanjang musim perayaan ini. Pada masa yang sama, PBT perlu melaksanakan tanggungjawab mereka supaya kawasan perniagaan adalah selamat dan selesa untuk orang ramai,” kata beliau.

Oleh itu, jelasnya, kerjasama dan persefahaman antara dua pihak adalah kunci kepada keharmonian masyarakat.

“Justeru, jika berlakunya permasalahan atau pertelingkahan, kita mesti mencari cara penyelesaian secara rasional supaya mengelakkan sebarang kejadian yang boleh menjejaskan keharmonian,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. menteri pun mesti berfikir secara rasional..sudah sampai masa bagi semua penguatkuasa DBKL dan PBT walau dimana negeri seluruh Malaysia dibekalkan dgn BODYCAM yg lebih praktikal dari bergantung kepada video yg diviralkan netizen yg belum tentu telus malah.lebih kepada fitnah. sekarang 2025 yg kononnya zaman AI kenapa tidak dipratik ??????

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here