Keadaan kebakaran besar yang turut memusnahkan rumah di sekitar akibat kebocoran saluran paip gas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya, Selangor. Foto MUHAIMIN MARWAN, 1 APRIL 2025
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan tiada mangsa yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Tambahnya, terdapat mangsa yang mengalami lecur akibat terbakar pada tahap dua dan tiga.

Dzulkefly ditemui media selepas mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Hospital Sultan Idris Shah bagi mendapatkan perkembangan situasi mangsa letupan di Putra Heights hari ini.

Menurut beliau, seramai 28 orang menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Hospital Cyberjaya (24), Hospital Putrajaya (13) manakala Hospital Ampang (2).

Menurut beliau, seramai 22 pesakit menerima rawatan di masjid manakala 84 orang mangsa yang ditempatkan di kuil turut menerima rawatan.

Menurut Dzulkefly, pihaknya akan bekerjasama dengan agensi berkenaan untuk menilai tahap kesihatan penduduk yang terkesan sama ada mereka terhidu bau gas.

“Ia di luar bidang kuasa KKM namun kami akan bekerjasama dan memainkan peranan dengan menghantar petugas ke lokasi kejadian.

“Setakat ini tiada pesakit yang datang mengadu mengalami sesak nafas,” ujarnya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, seramai 67 orang daripada keseluruhan 145 mangsa kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, masih menerima rawatan di empat hospital awam setakat 4 petang ini.

Baki 41 mangsa pula sudah discaj setelah menerima rawatan masing-masing.

Menurut KKM, sejak insiden dilaporkan kira-kira 8 pagi, 106 orang menerima rawatan awal di Masjid Putra Heights dan Kuil Sri Maha Kaliamman, Subang Jaya, yang dijadikan pusat pemindahan sementara untuk menempatkan mangsa sebelum dirujuk ke hospital berdekatan.

Kenyataan itu memaklumkan sramai 39 orang lagi datang sendiri (walk-in) ke hospital awam atau hospital serta klinik swasta untuk mendapatkan rawatan.

Terdahulu, Bomba Selangor memaklumkan kebakaran saluran paip gas berkenaan berjaya dipadamkan sepenuhnya jam 3.45 petang ini.
Menteri Besar Selangor pula memaklumkan, seramai 305 mangsa berjaya diselematkan setakat 5 petang tadi.
ARTIKEL BERKAITAN

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here